Monday, January 19, 2009

Nilai nyawa seorang penoreh getah..

Saya tau ramai kawan-kawan peguam yang biasa dengan kes kemalangan jalan raya. Sama ada berurusan bagi tuntutan insuran mahupun pembelaan jenayah lalu lintas. Tapi kes yang saya kendalikan ini saya ketengahkan untuk kesedaran kita sebagai pengguna jalan raya, pihak keselamatan dan kerajaan..

Tarikh bicara kes ini semalam (19/1/2009) di Mahkamah Sesyen Kuantan. Saya mewakili isteri mangsa. Tetapi macam biasa lah mahkamah ni, kes tak jalan sebab ada kes lain yang diutamakan (kes yang lebih lama). Saya faham...Mangsa seorang penoreh getah di sebuah penempatan FELDA di Pahang . Beliau menoreh getah dengan mengambil upah menoreh di kebun rakannya dengan pendapatan lebih kurang RM800.00 sebulan. Beliau menanggung anak-anak yang masih bersekolah dan sedang menuntut di sebuah IPT. Isteri beliau pula kurang sihat.

Dalam perjalanan balik ke rumah beliau setelah selesai menoreh getah, ketika masuk ke simpang rumahnya, setelah memberikan isyarat masuk ke kanan secara tiba-tiba sebuah kereta Proton Satria merempuh dan mengheret beliau sehingga hampir 50 meter dan menyebabkan beliau cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta tersebut ditangkap dan ditahan di sebuah lokap polis. Beliau disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) kerana telah menyebabkan kematian dengan memandu kenderaan tersebut di atas jalanraya di dalam keadaan yang mendatangkan bahaya terhadap orang awam. Walaubagaimanapun, setelah ditahan, beliau dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan oleh pihak polis walaupun saya dimaklumkan bahawa pihak polis bersedia untuk memulakan pendakwaan untuk sekurang-kurangnya Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 333/87 (pindaan 1999) yang memperuntukkan hukuman denda yang lebih ringan.

Setelah saya selidiki rupa-rupanya, pemandu kenderaan tersebut adalah seorang pelajar warganegara asing yang sedang menuntut di sebuah IPT. Beliau dalam perjalanan ke Pulau Tioman dari ibu kota. Yang paling menarik, beliau adalah anak kepada seseorang pembesar negara tersebut di sini (macam pegawai kedutaan kot!!).. Saya sempat bertanya kepada pegawai penyiasat kes ini dan beliau memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka, tetapi atas arahan tertentu, kertas tersebut terpaksa diserahkan kepada pegawai atasan. Saya difahamkan pegawai penyiasat tersebut memang bersedia untuk mendakwa pemandu itu, walaubagaimanapun..tiada lagi cerita lepas itu. Sehingga artikel ini ditulis, tidak ada pendakwaan langsung dibuat.

Apa yang berlaku pada keluarga mangsa? Saya bawa kes ini untuk tuntutan sivil ke Mahkamah dan tuntutan sejumlah gantirugi terhadap insuran kenderaan yang melanggar simati. Di Mahkamah, bila kita failkan, maka pihak insuran tawarkan sejumlah bayaran. Mula-mula tawarkan RM2000.00 kemudian RM8000.00. Saya tak setuju. Gantirugi kesedihan(bareavement) saja pun dah RM10,000.00. Ini bukan soal kejar duit atau mata duitan. Tetapi apakah nilai nyawa seorang manusia hanya banyak itu? Biarlah sekurang-kurangnya sedikit nilai kebendaan yang diperolehi oleh keluarga mangsa dapat menampung lompang perbelanjaan yang ditinggalkan simati. Paling kurang, membiayai persekolahan anak-anaknya, upah haji simati ataupun kenduri tahlil arwah.

Kawan-kawan,

Nilai duit di atas tidak lah terlalu membebankan saya dan bermain difikiran saya, tetapi apa yang saya kesal perangai penguakuasa undang-undang di negara kita. Hukuman, undang-undang dan mahkamah hanya terpakai kepada orang kebanyakan. Bila ada 'kabel', kenal orang-orang tertentu, ada jawatan-jawatan besar mahupun orang kenamaan maka mudahlah sesuatu kes digugurkan. Negara kita dah jadi macam filem Hindustan. Nak lepas 'road block' kalau kenal atau ada 'ang pow' sikit kepada sesetengah anggota keselamatan, ditanggung beres !!..Tapi sendiri mau ingat lah.. Negara kita ni milik rakyat.. Saya risau kalau rakyat bosan dengan Kerajaan yang macam ni!!

Nyawa penoreh getah boleh dibeli di pasar malam..

4 comments:

  1. oh this is so typical malaysian. regardless of penguatkuasa. org berada/penting/berpangkat kena layan bagus2, org miskin x pandang pon. sbb mcm mana buruk pon layan org miskin ni, jrg yg ambik tindakan cth saman2.

    ReplyDelete
  2. Nama saya Azmi, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi amaran kepada orang-orang yang mencari pinjaman, mereka banyak penipu dan pinjaman pemberi pinjaman palsu di internet. Saya ingin berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana ALLAH membantu saya dengan Ibu Alicia Radu setelah saya ditipu oleh 6 pemberi pinjaman pinjaman. Saya hampir kehilangan harapan sehingga ALLAH menggunakan ROBBI dari saya untuk mendapatkan pinjaman saya sebanyak RM 10,000 dari ibu Alicia Radu dalam masa kurang daripada 24 jam tanpa tekanan dan hanya dengan kadar faedah 2%.

    Saya sangat terkejut apabila memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati jumlah yang saya dihantar dihantar terus ke akaun saya tanpa berlengah-lengah. Jadi, saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu email: (aliciaradu260@gmail.com) dan dengan rahmat ALLAH Dia tidak akan mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman.

    dan anda masih boleh menghubungi ROBBI yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (robbi5868@gmail.com)

    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (azmi88455@gmail.com) jika anda memerlukan sebarang maklumat tentang bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu,
    mungkin ALLAH terus memberkati ibu Alicia Radu Dan adalah Keluarga

    ReplyDelete
  3. Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Komersial dan Pengembangan Keuangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Rumah dengan suku bunga rendah per tahun untuk perorangan, perusahaan dan badan hukum. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Hubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    Hanya WhatsApp: (+ 44) 7480 729811
    Tel .... (+ 44) 7480 729811
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    ReplyDelete
  4. Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu WhatsApp:::[+44] 7480 729811[Chats Only] atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY (ISKANDAR LENDERS) via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

    e_mail:::[aditya.aulia139@gmail.com]
    [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp:::[+44] 7480 729811[Chats Only]
    Telephone Number☎[+44] 7480 729811[Calls Only]
    BBM INVITE:::[D8980E0B]

    ReplyDelete