Monday, January 12, 2009

Ayam tak disembelih: Pernah termakan?




Saya dah tak ingat bila, tapi sekitar awal tahun lepas, bos saya Encik Khairudin bagitau ada satu klien kes pembelian rumah ada masalah bila dia beli dan nak memasak ayam. Klien ni bukan sembarangan, Ketua Penolong Pengarah di DBKL tak silap saya. Saya ambil kes tersebut. Dia membeli ayam selasih (black chicken) 3 ekor di sebuah pasaraya utama negara kita dan sewaktu ingin membersihkan ayam tersebut bagi memasaknya, dia mendapati leher salah seekor ayam tersebut meragukan apabila hanya sedikit kesan dipotong dan urat tidak putus.

Untuk kesahihan lagi, saya bawa ayam tersebut ke Unit Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk diperiksa.Setelah diambil gambar dan diperiksa oleh kakitangan JAKIM, seekor ayam tersebut disahkan tidak disembelih sempurna dan haram dimakan oleh orang Islam. Saya pohon supaya surat rasmi pengesahan dikeluarkan, tetapi JAKIM enggan keluarkan.Saya dan anakguam saya cukup marah dan berulang kali menegaskan bahawa ini adalah tanggungjawab JAKIM dan kami untuk menyedarkan masyarakat. Saya tegaskan bahawa tanggungjawab agama lebih utama dari tanggungjawab politik.Sikap JAKIM amat memualkan saya.
Saya tak puas hati dan minta anakguam saya bawa ayam tersebut pergi ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPUM).Dr Maamor mengesahkan ayam tersebut haram dimakan beserta dengan surat perakuan.

Saya kemudiannya, telefon Dato' Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria dan maklumkan perkara tersebut dan saya pohon kerjasama beliau untuk sahkan ayam tersebut. Beliau berjanji akan menolong saya tetapi melalui Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato' Jamry Sury kerana beliau akan berangkat ke Argentina. Saya bercakap dengan Dato' Jamry dan beliau bersetuju menemui saya keesokan harinya. Saya dan Ust Yohanis (Pegawai Tadbir MK Othman & Co) ke Ipoh dan disambut mesra oleh Pegawai Bahagian Hub Halal JAIP. Setelah diperiksa, disiasat dan diambil gambar, pihak JAIP telah mengeluarkan surat perakuan bahawa ayam tersebut tidak disembelih dan haram dimakan oleh orang Islam. Kami turut diberikan taklimat dan risalah sembelihan binatang yang sebenar. Kami berbangga dengan JAIP. Inilah contoh sikap sebuah institusi yang menjaga agama.
Setelah menimbangkan akhirnya, pihak anakguam saya mengambil keputusan memfailkan kes ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Pengeluar, Pengedar dan Pasaraya sebagai Defendan-Defendan atas dasar memelihara iman orang Islam negara ini dan tanggungjawab kifayah terhadap agama. Malangnya, anakguam saya pula disaman oleh Pengedar dan Pengeluar kerana dikatakan memfitnah mereka. Inilah yang dihadapi kerana membela agama. Kes ini sedang dibicarakan di Mahkamah. Doakan kami..

Saudara sekelian, berhati-hatilah ketika membeli ayam di pasaraya. Sebaiknya belilah ayam yang disembelih secara terbuka seperti di pasar basah.

4 comments:

  1. asalamualaikum. bagus juga blog encik ni macam-macam kesedaran termasuk ayam tak sembelih dan masih ada warga yang memerlukan sumbangan di Rompin.Tapi tekejut juga bila pakai baju bersih pun kena tangkap..

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum.Tapi yang paling saya terkejut kenapa pelajar yang pakai serban kena buang sekolah. Saya pernah pergi mendengar ceramah Ustaz Don di KIPSAS dia kata itu sunnah nabi.

    ReplyDelete
  3. Kami adalah organisasi yang dibentuk untuk membantu orang, kami memberikan pinjaman tanpa jaminan kepada orang-orang yang mengalami masalah keuangan atau masalah, kami adalah pemberi pinjaman yang sah, kami juga memberikan semua jenis pinjaman, Anda dapat dengan mudah mendapatkan pinjaman Anda di sini tanpa pergi ke bank Pinjaman khawatir dan ambil kesempatan ini dan dapatkan pinjaman Anda Email kami jessicawilliamsloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Nama saya Azmi, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi amaran kepada orang-orang yang mencari pinjaman, mereka banyak penipu dan pinjaman pemberi pinjaman palsu di internet. Saya ingin berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana ALLAH membantu saya dengan Ibu Alicia Radu setelah saya ditipu oleh 6 pemberi pinjaman pinjaman. Saya hampir kehilangan harapan sehingga ALLAH menggunakan ROBBI dari saya untuk mendapatkan pinjaman saya sebanyak RM 10,000 dari ibu Alicia Radu dalam masa kurang daripada 24 jam tanpa tekanan dan hanya dengan kadar faedah 2%.

    Saya sangat terkejut apabila memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati jumlah yang saya dihantar dihantar terus ke akaun saya tanpa berlengah-lengah. Jadi, saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu email: (aliciaradu260@gmail.com) dan dengan rahmat ALLAH Dia tidak akan mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman.

    dan anda masih boleh menghubungi ROBBI yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (robbi5868@gmail.com)

    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (azmi88455@gmail.com) jika anda memerlukan sebarang maklumat tentang bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu,
    mungkin ALLAH terus memberkati ibu Alicia Radu Dan adalah Keluarga

    ReplyDelete