Wednesday, October 28, 2009

KENYATAAN MEDIA MANGSA ROGOL PLKN

Keputusan Mahkamah Tinggi di Terengganu membebaskan jurulatih PLKN, Zuki Bin Mohd amatlah mengejutkan. Sebagai pengamal undang-undang, keputusan tersebut dihormati walaupun secara 'legal'nya kita berhak berbeza dari sudut pentafsiran ruang lingkup perundangan dengan syarat ianya mestilah dilakukan secara hujah yang bersandaran.

Kes ini amat menarik, apabila inilah kes pertama melibatkan jurulatih PLKN ketika PLKN di awal perlaksanaannya. Walaubagaimanapun, seorang menteri pernah menafikan kejadian rogol tersebut berlaku, tetapi keputusan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu ketika menjatuhkan hukuman kepada Zuki membuktikan jenayah rogol tersebut benar-benar berlaku.
Sebagai peguam yang telah dilantik sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa saya mengikuti kes ini sehingga keputusan baru-baru ini walaupun tidak lah kesemuanya secara langsung. Atas arahan mangsa saya telah memfailkan Writ Saman sivil terhadap tertuduh dimana Mahkamah Tinggi dimana Mahkamah Tinggi telah mengarahkan jurulatih berkenaan membayar gantirugi kepada mangsa akibat perlakuan rogol tertuduh.
Dalam membacakan keputusannya, Hakim Yang Arif Dato' V.T Singham baru baru ini menyebut bahawa kelewatan membuat repot adalah antara alasan bahawa terdapat keraguan bagaimana kejadian rogol berlaku yang memungkin elemen "consent"(kerelaan) wujud. Ini adalah kerana mangsa sepatutnya melihat bahawa kejadian rogol perlu dilaporkan secepat mungkin. Hujah ini mungkin ada benarnya. Namun apakah itu realiti sebenarnya? Saya ingin menarik perhatian semua, bahawa mangsa dalam keterangan bersumpahnya menyebut bahawa beliau telah dikurung dan dikuarantin di dalam kem serta diasingkan dari pelatih-pelatih lain selepas menceritakan kejadian rogol tersebut kepada jurulatih wanitanya. Malahan, jurulatih tersebut turut meminta agar mangsa mempertimbangkan tindakan melapor kepada pihak polis kerana kemungkinan ia memalukan keluarga mangsa, walaupun motif sebenar mungkin kerana takut tembelang sebenar bocor! Persoalannya adakah mangsa benar-benar melengahkan laporan polis atau terpaksa berhadapan karenah kem yang dikatakan mengurung mangsa sebelum laporan polis MAMPU dibuat? Keterangan mangsa amat konsisten dalam menceritakan bagaimana maruah beliau diragut dan kenapa laporan polis dilengahkan...
Saya mewakili mangsa amat sedih dengan keputusan Mahkamah Tinggi ini dan amat berharap agar pihak pendakwaan mengemukakan rayuan secepat mungkin kepada Mahkamah Rayuan kerana terdapat dengan izin, "kecelaruan yang amat jelas" dalam keputusan tersebut apatah lagi ia melibatkan isu perundangan yang amat fundamental dan penting. Ini adalah penting demi sebuah keadilan kepada mangsa dan semua pihak. Atau..apakah nilai keadilan itu hanya pada sekeping kertas bernama laporan?

Mangsa sehingga kini mengalami trauma yang teruk dan sedang menjalani rawatan di Klinik Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya. Saya juga mendapat arahan tegas dari mangsa untuk memulakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memfitnah, mengaibkan dan menjatuhkan maruah mangsa di dalam apa jua keadaan termasuk di media massa dan media baru. Oleh yang demikian, saya berharap pihak-pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mangsa atau yang boleh menjejaskan perjalanan perkara ini di Mahkamah. Saya juga berharap agar tindakan terhadap tertuduh menjadi pengajaran kepada semua pihak dalam mengendalikan kem serta bertanggungjawab dalam setiap perlaksanaan program dilaksanakan.

MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY
Peguam pemerhati/Peguamcara mangsa

6 comments:

  1. Tu namanya Hakim yang bijak pandai.....lepas kena rogol tu patut terus berlari-lari buat lapuran. Tak payah bagi alasan psychological trauma etc. Hakim ni mungkin satu kelas dgn seorang hakim dari barat (kalau tak silap saya) yang dulu pernah komen "Kalau tak malu kena rogol tutuplah kaki tu rapat-rapat"!?.

    ReplyDelete
  2. Apakah dalam hakim rayuan tidak mengambil kira yg tuan sebut spt mangsa dikurung dan ditekan agar tidak membuat laporan? Inipun fundamental sebab nampaknya hakim sangat beralasan bahawa kelewatan laporan dijadikan asas melepaskan tertuduh daripada kesalahan.

    ReplyDelete
  3. ini hakim mungkin ada bau2 bacang dgn YB Kinabatangan yg pernah cakap, kalau kena rogol, nikmatinya....

    ReplyDelete
  4. Salam semua

    Nak tumpang sikit kat sini ye...thanks.

    CEGAH SEBELUM PARAH! IBUBAPA TAK PERLU BIMBANG SEBAB PROTECUR100 & NEIBAC5 AKAN MEMBANTU ANAK-ANAK ANDA UTK MENYERTAI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN)DENGAN KESIHATAN YANG BAIK DAN CERGAS.

    Ibubapa tak perlu risau dan bimbang apabila menghantar anak-anak mereka mentertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) kerana kerajaan dapat mengawal penyakit2 yang melanda negara kita seperti H1N1 INFLUENZA dan wabak TAUN/KOLERA yang sedang mengganas ini.

    Dengan mengamalkan Protecur100 atau Neibac5 sebagai pencegah penyakit berjangkit yang digeruni ini, pelajar-pelajar juga akan lebih bertenaga, sihat, cergas, aktif dan tidak mudah dijangkiti bakteria, virus dan sebagainya.

    Apabila bersenam dan melakukan aktiviti berat, tahap pertahanan badan(antibodi) akan menurun dan ketika itulah bacteria atau virus akan meluru masuk kedalam sistem badan lalu mengakibatkan jangkitan penyakit berlaku. Protecur100 adalah NATURAL IMMUNE BOOSTER, NATURAL ANTIBIOTIK dan ANTI MICROBIAL yang tidak akan menjejaskan kesihatan seperti antibiotik dari makmal. 2 ke 4 titik Protecur100 dalam air(500ml) akan membersihkan air dari kuman bakteria yang merbahaya. Neibac5 adalah semburan yang dapat membunuh sesetengah bakteria secara terus seperti E-Coli, Klebsialla Pneumonia,Salmonella dan lain-lain lagi. Dengan adanya produk2 begini, risiko berlakunya
    KERACUNAN MAKANAN, DEMAM, BATUK, SAKIT KERONGKANG, ASMA dan lain-lain lagi penyakit berjangkit yang membahayakan kesihatan dapat dikawal.

    Adalah wajar sebagai ibubapa bimbang dan risau akan keselamatan anak kesayangan mereka tambahan pula dalam keadaan yang agak cemas dimana H1N1 dan TAUN KOLERA sedang bermaharajalela dimana-mana sahaja.

    "Mencegah adalah lebih baik dari merawat". Itulah tindakan bijak yang patut diamalkan untuk memupuk keluarga sihat dan harmoni.

    Berilah yang terbaik untuk orang yang anda sayang, insyaallah Allah SWT akan beri ganjaran sewajarnya.

    Student Special Offer!

    Pelajar-pelajar yang dipilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) akan diberi 30% diskaun untuk setiap satu set.

    PROTECUR100 - RM38
    NEIBAC5 - RM69
    Jumlah = RM107 - (32.10)30%
    Jumlah yang perlu dibayar = RM74.90
    Penghantaran Poslaju = RM5

    www.PROTECUR.com
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. salam

    PR harus mendesak agar PLKN batal pelaksanaannya kerana tidak mendatangkan munafaat kepada pelatih.ia hanya sekadar mengenyangkan kroni-kroni UMNO sahaja.

    Ada diantara kroni2 ini memiliki lebih dari 2/3 pusat PLKN ini jerung dan hyena dalam UMNO agen perosak bansa !!

    ReplyDelete
  6. Saya adalah antara jurulatih bebas di PLKN. Pada dasarnya PLKN sangat bagus, tetapi dengan banyak sangat campurtangan dari pihak luar, program ini menjadi medan politik mereka.

    Program ini baik untuk negara kita dimasa depan. Jangan kerana beberapa insiden ia terus disaran agar dibubarkan.

    ReplyDelete