Monday, March 16, 2009

Perlantikan Semula Hakim Pakistan:Kejayaan Peguam

Pengumuman Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan dengan restu Presiden, Asif Ali AL Zardari untuk melantik semula Iftikhar Chaudhry, bekas Ketua Hakim Mahkamah Agung Pakistan yang dipecat Pervez Musharraf walaupun diharapkan tetapi agak mengejutkan ramai pihak. Tindakan drastik kerajaan baru Pakistan ini yang dilihat mengotakan manifesto pilihanraya baru-baru ini tetapi sebenarnya terpaksa tunduk kepada desakan pengamal undang-undang terutama para peguam yang turun ke jalan raya menuntut agar reformasi kehakiman dibuat dan Chaudhry dilantik semula.

Siapa sebenarnya Iftikhar Chaudhry ini? Beliau adalah seorang hakim yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Agung pada 2000 dan dilantik sebagai Ketua Hakim termuda Pakistan pada bulan Jun 2005. Beliau telah dipecat oleh Pervez Musharraf, adalah seorang hakim yang membicarakan banyak kes salah laku dan kontroversi pada era rejim Musharraf. Beliau banyak "membuka semula" kes-kes berprofil tinggi seperti dalam perbicaraan tertuduh yang dikatakan "dihilangkan" oleh pihak berkuasa atas alasan "terrorism". Beliau juga mengarahkan agar bekas Perdana Menteri sekutu Musharraf, Shaukat Aziz didakwa atas pelbagai tuduhan salahguna kuasa seperti dalam kes penswastaan syarikat besi dan pembatalan beberapa projek melibatkan kepentingan negara.
Pentadbiran Musharraf menekan Chaudhry untuk meletakkan jawatan tetapi beliau enggan tunduk dan akhirnya digantung pada 9 Mac 2007 atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan. Chaudhry mengkritik hebat Musharraf yang bertanding jawatan Presiden tetapi enggan meletakkan jawatan sebagai Jeneral Tentera. Chaudhry juga menuduh tindakan Musharraf yang kemudiannya meluluskan undang-undang darurat sebagai tidak menepati perlembagaan Pakistan.

Tekanan terhadap kerajaan Pakistan bermula apabila barisan peguam Pakistan bersatu menghantar bantahan, melancarkan mogok sehinggalah turun ke jalan raya mendesak agar reformasi kehakiman dilaksanakan termasuklah Chaudhry dilantik semula. Peguam Pakistan yang diketuai Ahsan, bertindak berani menyebabkan kerajaan Pakistan terpaksa tunduk. Siri-siri demonstrasi berlaku saban minggu sehingga ke tahap memulaukan persidangan Mahkamah berjaya mengembalikan kegemilangan kehakiman yang diperkosa regim Musharraf.
Sekarang, Pakistan berjaya membuktikan bahawa suara rakyat dan keberanian para pengamal undang-undang. Kejayaan ini seharusnya menjadi inspirasi rakyat dan para peguam terutamanya. Saya tidak nafikan bahawa peguam negara kita pernah menggegarkan negara dalam beberapa isu seperti dalam tahun 1970-an yang berarak ke Parlimen sehingga terdapat di kalangan mereka didakwa. Begitu juga dalam krisis perlembagaan 1983 dan 1990-an. Terkini, "walk for justice" dianjurkan Majlis Peguam Malaysia berjaya menghimpunkan ribuan peguam di negara ini berhimpun di Palace of Justice, Putrajaya. Malangnya di negara kita, kebangkitan peguam tidak banyak membantu kebangkitan rakyat. Maksud saya, Peguam kita tidak bangkit bersama-sama rakyat dalam banyak isu seperti Reformasi 1998, Isu BERSIH, HINDRAF, GMI PPSMI melainkan hanya sebagai pembela mereka yang tertangkap di Mahkamah.

Pada hemat saya, peguam negara kita termasuk saya, masih tidak matang dan masih terlingkung dalam belenggu kerjaya yang sempit. Peguam negara kita masih lagi dirantai dengan karenah nak jaga "panelship", kerja-kerja J.I.D,"legal skill" yang lemah, nak jaga "survival firm" dan takut tak dapat kerja guaman. Etika kebebasan dan "non-partisan" harus dipegang oleh para peguam negara ini. Mungkin juga telahan saya salah. Cuma apa yang bermain di fikiran tentang kesuraman suara kebangkitan peguam ini adalah; mungkin kerana tiadanya hakim yang benar-benar berwibawa untuk dibela apatah lagi personaliti Ketua Hakim Negara kini yang amat diragui, tidak seperti Iftikhar Chaudhry!

4 comments:

  1. asalamualaikum, tuan...maaf jika penulisan saya ini berlawanan dgn entry tuan..tujuan saya hanya la untuk bertanya tentang perkara kecil tapi menyakit kan jiwa saya..

    nama saya imran, saya merupa kan ahli sah parti PAS cawangan bandar kuala lipis, pada satu hari saya mendapat tau bahawa nama saya telah di daftar sebagai ahli umno cawangan kuala lanar, kuala lipis..oleh seorang ketua pemuda cawangan, untuk pengetahuan pihak tuan saya tidak pernah mendaftar atau menandatangani apa apa borang keahlian umno..perkara ini saya ketahui pun secara tidak sengaja..ketua umno cawangan ini pernah memegang salinan ic saya, kerana beliau pada masa itu bercadang untuk membuka belia dia kawasan tempat tinggal saya, jadi saya meberi salinan ic pada beliau bagi tujuan penubuhan belia..jadi saya rasa ic saya itu di guna kan untuk keahlian umno..setelah saya mengetahui perkara ini, terus saya bertanya beliau mengapa perkara ini terjadi, beliau memberi alasan kesilapan..dan beliau tidak dapat berbuat apa apa

    saya berasa amat marah kerana hak saya di guna kan tanpa pengetahuan saya,.. setelah bertanya kepada kebanyakan org, mereka hanya minta saya bersabar kerana jika di report kepada polis pun, tidak akan ada apa tindakan yang akan di ambil..kerana perkara ini amat kecil..dan polis tidak mahu mengambil report ini..itu kata kebanyakan mereka la

    saya berasa sakit hati di atas perkara ini, saya paham hal ini kecil, tapi hati saya tidak dapat menerima atas apa yang dilaku kan oleh ketua pemuda ini..sehinnga saya rasa hendak membelasah ketua pemuda ini..

    saya memohon pihak tuan dapat memberi sedikit nasihat dan pandangan dalam hal ini, demi merungkai kekusutan yang saya alami

    maaf jika perkara remeh ini menganggu pihak tuan, hanya sedikit nasihat yang saya perlu kan dari pihak tuan..kerana dengan membelasah ketua pemuda ini saja yang saya pikir kan setiap hari..terima kasih..(tennoterang@hotmail.com)

    -

    ReplyDelete
  2. persoalan yang lain..ada kah saya masih ahli sah PAS, kerana nama saya juga di daftar sebagai ahli umno tanpa pengetahuan saya

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam tuan Imram...nasihat saya,pertama..tuan buat majlis istihar keluar UMNO!!Kedua..failkan saman terhadap pemuda umno tersebut dan UMNO....

    ReplyDelete