Wednesday, January 19, 2011

Masih adakah esok...


Lama aku menelusuri langkah pejuang ini. Bukan setakat kagum, tapi langkah juangnya menentang durja penjajah mahupun langkah songsang penceroboh bangsa seusia dengan datukku juga yang merupakan antara barisan pejuang bangsa dan merdeka negara. Begit mengidam diriku untuk ketemu dengannya untuk menadah dada, moga ada buah bicara atau mutiara hati bisa jadi azimat di hari muka.


Orang yang aku maksudkan adalah Tuan Haji Nik Ahmad Bin Nik Hassan, pengasas UMNO Rompin, Pahang.Sejarahnya terlalu panjang untuk diuangkapkan. Beliaulah antara pejuang merdeka terawal di Pahang, khususnya di Rompin.


Peluang terhidang apabila aku disua untuk menziarahi tokoh ini baru-baru ini bersama-sama dengan beberapa bekas-bekas guru di Rompin ini.

Sampai sahaja di rumah beliau, tergambar raut wajahnya yang tegas namun bersahaja. Bersalaman dengan beliau terasa debarnya. Belumpun sempat memperkenalkan diri, Cikgu Nik Ahmad (panggilan mesra beliau) tanpa henti ralit menceritakan kisah-kisah perjuangan beliau bermula dari pendidikan asas beliau sehinggalah k STIC (sekarang dikenali sebagai UPSI). Beliau zahirnya terlalu ghairah menceritakan saat-saat kemerdekaan dan perjuangan menubuhkan UMNO Rompin. Sesekali mencelah, menambahkan lagi rasa teruja cikgu nampaknya. Biarpun bauhu dan teh o dihidang kubiar hingga sejuk dihirup, cerita demi cerita dititip membuatkan aku makin "marak".

Akhirnya, aku terpaksa memohon diri disebabkan kesuntukan masa, memandangkan jadual ziarah hari ahad itu agak padat (perasan YB kot!). Cikgu Nik sebelum balik, dia sempat bertanya siapa aku ini, sebab tak pernah nampak sebelum ini. "Cikgu, saya ni Fadzli, bekas calon PAS DUN Tioman". Risau aku perkenalkan diri,al maklumlah, aku sedang brhadapan tokoh besar UMNO ni.. aku pulak pembangkang. Terperanjat besar dia. dia memanggil anak dan isterinya memaklumkan bahawa Ustaz Fadzli datang ni. Panik dan serba salah. Anaknya keluar dan bagitauku ibunya sakit tapi tergopoh gapah bangun semata-mata nak tengok aku. "Ustaz fadzli apa kabar?, makcik kenal keluarga awak. Arwah Pak Ngah Harun tu "orang kuat" dulu." sapa isteri Cikgu Nik.


Terharu campur terkejut dengan layanan begitu. Sambil bertongkat akibat kaki yang agak lemah kerana diabetes mengiringiku ke muka pintu, Cikgu Nik membisikkan suatu pada diriku."Ust, perit untuk berjuang mencari kemerdekaan kerana pemimpin dahulu berjuang kerana maruah bangsa" "Ust teruskan perjuangan tok nenek ust". Saya ni pengasas UMNO Rompin, tapi hati dan jiwa ini sedih melihat pemimpin UMNO sekarang ini.. Ust, di jiwa ini tiada lagi UMNO" ..

6 comments:

  1. sekarang Umno berjuang untuk harta dan tambah bini

    ReplyDelete
  2. salam tuan,
    sekadar bertanya, adakah cikgu nik ahmad ini yang mengajar antara tahun 1980 hingga 1985 dulu? Tengok pada gambar lama di atas, saling tak tumpah macam bekas cikgu besar saya di Sekolah Rendah Ahmad, Pekan. Mungkin mata saya silap, just nakkan kepastian saja...

    ReplyDelete
  3. Kami budak-budak darjah 5 dan 6 dulu memang menunggu-nunggu waktu Cikgu Nik masuk kelas nak mengajar subjek Tatarakyat@Sivik, sebabnya kelas Cikgu Nik tak payah bukak buku walaupun subjek tu ada buku teksnya. Dia akan habiskan 2 masa dengan bercerita pengalaman zaman Jepun dan Daruratnya sebagai pengawal kampung, siap menyanyi lagu kebangsaan jepun lagi dlm kelas. Sayangnya jarang2 dia dapat masuk mengajar dalam sebulan mungkin sebab sibuk sebagai Guru Besar. Boleh tak tuan berikan alamat rumah beliau di Rompin atau nombor telefon, InsyaAllah kalau ada kesempatan saya pun nak singgah menziarah beliau selagi ada hayatnya.

    ReplyDelete
  4. Check email tuan, ada kemusykilan undang-undang

    ReplyDelete
  5. che wan Ruzil...boleh call rumah beliau : 09-4146070.

    ReplyDelete