Monday, March 1, 2010

Royalti Ke Mahkamah: Kerajaan PAS Kelantan..cukuplah..


Kelulusan Usul DUN Kelantan untuk membawa ke Mahkamah isu royalti telah dibuat dan mendapat sokongan padu dewan termasuk dari wakil pembangkang. Saya secara ringkas melihat bahawa terdapat beberapa "preliminary isssues" harus dipertimbangkan sebelum tindakan ini dihadapkan ke Mahkamah:

(a) Adakah ianya hanya satu-satunya pilihan yang ada?

(b) Sudahkah dikaji "judicial precedent" kes-kes melibatkan penentangan terhadap kerajaan oleh oposisi negara ini seperti kes DS Nizar, Speaker V. Sivakumar, Habeaus Corpus tahanan ISA dan lain-lain?

(c) Adakah telah diteladani kisah-kisah "menarik" sikap para Hakim Mahkamah negara ini sewaktu mengadili kes-kes menentang kerajaan?

(d) Adakah telah berlaku secara realiti dan budiman "doctrine separation of power" di negara kita?

(e) Tidakkah lupa kita akan gelak ketawa kita sewaktu DS Zambri Abd Kadir kalah di Mahkamah tinggi, keesokannya difailkan rayuan penangguhan di Mahkamah Rayuan, ditetapkan tarikh, didengari dan dibuat keputusan, hanya dalam masa 1 hari..

(f) Lupakah kita sewaktu memfailkan kes mencabar penipuan pilihanraya 2004 di Mahkamah Tinggi KL, apa jadi pada kes tersebut..Tarikh bicara ditetapkan selepas Pilihanraya 2008. Apa lagi significantnya yang masih tinggal?

(g) Sudahkah para peguam kerajaan Kelantan membuat carian untuk dapatkan siapakah Ketua Hakim Negara? Dari mana? Apa jawatan sebelum jadi Hakim? Dan siapakah mantan Penjawat jawatan UMNO Kelantan yang jadi Hakim sekarang ini?

Sekiranya, semua ini telah dihadamkan, maka bolehlah dengan gembiranya Kerajaan Kelantan memfailkan ke Mahkamah, dengan bantuan ADUN BN...

3 comments:

  1. Seharusnya kes tuntutan royalti minyak ini di bawa mahkamah kerana mahkamah perlu memutuskan apakah maksud undang-undang sebenar Akta Petroliam di malaysia.
    Bagaimana mahkamah memutuskan akan menjadi precedent kelak.
    Dan bukan kelantan sahaja yang mengeluarkan minyak di malaysia. negeri-negeri di bawah naungan UMNO-BN juga terlibat, jadi keputusan para yang Arif Hakim adalah perlu untuk jelaskan hak-hak negeri lain juga...adakah hak kelantan sahaja dinafikan atau kesemua negeri pengeluar petolium di malaysia...

    ReplyDelete
  2. Saya setuju sangat sbg pengamal undang-undang..dan itupun menjadi hasrat kita bawak ke mahkamah kes royalti Terengganu..Namun ketahuilah sahabatku, bahawa politik menjadi "above law" di negara kita..Bkn sekadar 'bare accusation' tapi "judicial precedent" membuktikannya..saudara,kehakiman kita semakin uzur..

    ReplyDelete
  3. Best Casino Site in USA - ChoEcasino
    The best casino 인터넷 카지노 sites for American players. Get an exclusive welcome bonus up to $1000 when you sign up. · 1. Ignition – Best Online Casino in the USA · 2. InterTops –

    ReplyDelete